Tuesday, 31 December 2013

Pengorbanan

Saya suka makan, saya dalam kategori orang yang makan apa sahaja tanpa ditolak.
Setiap hidangan yang saya makan, saya akan pastikan akan cukup zat, Kalau nasi mesti ada lauknya (ikan, telur, ayam, daging) sumber protinnya ada sayur iaitu sumber vitamin, mineral dan serat) dan nasi.







Ketika saya bekerja di CNI, saya banyak outstation, tempat kegemaran saya adalah ke Kedah iaitu kampung halaman sendiri. Biasanya saya akan menginap di rumah. Biasanya mak saya akan masak yang sedap-sedap untuk anaknya makan.
Suatu hari saya balik ke rumah secara tak diduga.  Last minit arrangement. Sampai time makan tengahari.
Saya selak tudung saji untuk melihat makanan yang dihidang.....




Saya lihat nasi,  ikan goreng 2 ketul dan kuah kari kosong (kuah roti canai yang dibeli sebelah pagi). Mak mana lauk nya?, saya tanya mak saya. Bawah tudung itu lah. Ooh baru saya tahu selama ini itulah makanan ibubapa saya setiap hari demi menampung anak-anak  belajar tinggi.  Nak nangis rasanya.....
Inilah formula mereka menampung 4 orang anak ke IPT (ketika itu). Formula ikat perut. ..












selepas 4-5 tahun saya bertukar kerja menjadi seorang Ketua Eksekutif di salah sebuah  kolej swasta, saya menghadiri sebuah acara "Hari Ibu". Saya diminta memberi ucapan pembuka. Ucapan saya sepatutnya 10 minit. tapi saya hanya berjaya membuat ucapan 2 minit sahaja. Saya teringatkan pengorbanan ibu bapa saya, saya sebak....dan  kali ini saya betul-betul nangis...... 


No comments:

Post a Comment