Tuesday, 24 December 2013

Kisah rebus batu


 

Suatu malam ketika Khalifah Alrashidin berjalan-jalan di kota seorang diri. Terdengar oleh beliau tangisan anak-anak yang datang dari sebuah rumah. Lalu dihendap-hendapnya rumah berkenaan. Dilihatnya seorang ibu sedang merebus batu di para dapur sambil memenangkan anak-anaknya yang menangis kelaparan. Lalu diketuknya rumah berkenaan dan bertanya kan ibu itu, Kenapa rebus batu? dan kenapa anak ibu menangis? Lalu jawab si ibu. Saya rebus batu kerana tiada makanan lain di rumah , anak saya menangis kerana kelaparan. saya rebus batu kerana nak pujuk hati anak dan biarkan dia menangis sampai tertidur.
 Serta merta Khalifah Alrashidin pergi ke perbendaharaan negara diambilnya seguni gandum dan diberikan kepada si ibu untuk di masak.

Kisah ini saya baca ketika kecil lagi tapi saya tidak terkesan.

Sehinggalah saya mempunyai 3 anak dan saya keputusan wang. Makanan-makanan untuk anak tak dapat dipenuhi.
Tunggu hujung bulan lambat lagi tapi duit dah habis. Hari-hari nasi & sambal telur goreng@ikan masin@ ikan bilis@bubur nasi. Itu saja yg termampu.
Anak menangis minta makanan yg lain. Terpaksa pujuk. Disaat itu teringat "kisah rebus batu".

"Kisah rebus batu" banyak di bandar2. Sebab itu kalau pergi ke kedai runcit, tempat yg berkunci adalah tempat untuk susu anak. (banyak berlaku kecurian susu formula).

Semoga Allah limpahkan rezeki kepada mereka.



No comments:

Post a Comment