Selamat Menyambut Tahun Baharu 2014. Diharap akan membawa keberkatan kepada semua.
Tahun 1992 saya tingkatan 3, sepanjang tahun tersebut saya tuliskan kisah saya di dalam sebuah diari. (the first and the last diary until now). 31 Desember 1994 habis mukasurat terakhir ditulis. keesokkan harinya saya buang diari tersebut. I dont know why i do that. Mungkin sebab sepupu saya suka curi baca diari tu. (Saya tinggal di rumah sepupu saya ketika itu)
Sesekali saya teringat diari yang saya buang itu, saya teringin baca semula kisah diri saya dari perspektif diri saya sendiri 21 tahun yang lalu.
Selama Menyambut Tahun Baharu 2014!!!!!
moment of life
Tuesday, 31 December 2013
Pengorbanan
Saya suka makan, saya dalam kategori orang yang makan apa sahaja tanpa ditolak.
Setiap hidangan yang saya makan, saya akan pastikan akan cukup zat, Kalau nasi mesti ada lauknya (ikan, telur, ayam, daging) sumber protinnya ada sayur iaitu sumber vitamin, mineral dan serat) dan nasi.
Ketika saya bekerja di CNI, saya banyak outstation, tempat kegemaran saya adalah ke Kedah iaitu kampung halaman sendiri. Biasanya saya akan menginap di rumah. Biasanya mak saya akan masak yang sedap-sedap untuk anaknya makan.
Suatu hari saya balik ke rumah secara tak diduga. Last minit arrangement. Sampai time makan tengahari.
Saya selak tudung saji untuk melihat makanan yang dihidang.....
Saya lihat nasi, ikan goreng 2 ketul dan kuah kari kosong (kuah roti canai yang dibeli sebelah pagi). Mak mana lauk nya?, saya tanya mak saya. Bawah tudung itu lah. Ooh baru saya tahu selama ini itulah makanan ibubapa saya setiap hari demi menampung anak-anak belajar tinggi. Nak nangis rasanya.....
Inilah formula mereka menampung 4 orang anak ke IPT (ketika itu). Formula ikat perut. ..
selepas 4-5 tahun saya bertukar kerja menjadi seorang Ketua Eksekutif di salah sebuah kolej swasta, saya menghadiri sebuah acara "Hari Ibu". Saya diminta memberi ucapan pembuka. Ucapan saya sepatutnya 10 minit. tapi saya hanya berjaya membuat ucapan 2 minit sahaja. Saya teringatkan pengorbanan ibu bapa saya, saya sebak....dan kali ini saya betul-betul nangis......

Tuesday, 24 December 2013
Keratan rentas manusia
Untuk menentukan usia pokok yg tua diambil keratan rentasnya dan dikira lapisan pokok. satu lapisan mewakili satu musim.
Nak tahu usia/cerita bumi lihat keratan rentasnya
Macamana dengan manusia. macamana nak kaitkan umur manusia dengan zaman.
Bila saya terdengar lagu-lagu lalu saya kan teringat zaman silam. Ruangan ini didedikasikan untuk lagu dan peristiwa..
...................update yang berterusan..............
Lambada .... Lagu tingkatan satu berada di asrama PIBG Simpang Empat Kuala. Org yang paling diingati Idris. Kerana selalu menyanyi lagu ini.
Teori Domino/Sejati wings... Ketika tingkatan persediaan, bulan sembilan sahabatku Arqam beli keset ini.
Celine Deon lagu titanic.. Last semester & last month Dip HRM Kusza. Semua kos mate jalan jalan pegi air terjun sekayu. lagu ini saya nyanyikan ketika di air terjun tersebut

Kisah rebus batu
Suatu malam ketika Khalifah Alrashidin berjalan-jalan di kota seorang diri. Terdengar oleh beliau tangisan anak-anak yang datang dari sebuah rumah. Lalu dihendap-hendapnya rumah berkenaan. Dilihatnya seorang ibu sedang merebus batu di para dapur sambil memenangkan anak-anaknya yang menangis kelaparan. Lalu diketuknya rumah berkenaan dan bertanya kan ibu itu, Kenapa rebus batu? dan kenapa anak ibu menangis? Lalu jawab si ibu. Saya rebus batu kerana tiada makanan lain di rumah , anak saya menangis kerana kelaparan. saya rebus batu kerana nak pujuk hati anak dan biarkan dia menangis sampai tertidur.
Serta merta Khalifah Alrashidin pergi ke perbendaharaan negara diambilnya seguni gandum dan diberikan kepada si ibu untuk di masak.
Kisah ini saya baca ketika kecil lagi tapi saya tidak terkesan.
Sehinggalah saya mempunyai 3 anak dan saya keputusan wang. Makanan-makanan untuk anak tak dapat dipenuhi.
Tunggu hujung bulan lambat lagi tapi duit dah habis. Hari-hari nasi & sambal telur goreng@ikan masin@ ikan bilis@bubur nasi. Itu saja yg termampu.
Anak menangis minta makanan yg lain. Terpaksa pujuk. Disaat itu teringat "kisah rebus batu".
"Kisah rebus batu" banyak di bandar2. Sebab itu kalau pergi ke kedai runcit, tempat yg berkunci adalah tempat untuk susu anak. (banyak berlaku kecurian susu formula).
Semoga Allah limpahkan rezeki kepada mereka.
Tuesday, 3 December 2013
Pengalaman
Pengalaman adalah alasan untuk perkara yang kita tidak capai. Ia hanya menjadi penting sekiranya kita mencubanya semula dan jadikannya sebagai panduan.
Kalau kita stop utk melakukannya, pengalaman itu hanyalah sampah dan mengganggu akal fikiran kita kearah menjadi lebih negatif. Ramai yang manjadikannya sebagai alasan dan ayat penyedap hati serta takut untuk melakukannya lagi. Jgn terperangkap olehnya....

Ingatan pertamaku di dunia.
Setiap orang mempunyai ingatan pertama yang paling awal sekali sepanjang hayatnya menjadi manusia.
Ini adalah ingatan pertamaku menjadi manusia.
Aku masih ingat saat aku makan biskut ini ketika aku masih bayi...
Biskut Farley namanya.
Betapa sedapnya ku kecap biskut ini ketika masih bayi. dah habis satu nangis minta satu lagi dalam bahasa tangisan tapi tidak dipedulikan oleh Kak Ani. Orang gaji ketika itu.
Aku sudah tak ingat peristiwa ini sehingga aku mendapat anak pertama. Bilamana aku rasakan biskut anakku masya Allah, aku sudah tahu biskut ini yg aku minta dulu.

Subscribe to:
Posts (Atom)